Kelaziman khusus yang lain Wikipedia:Cara pemilihan nama

Bahasa Cina

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (bahasa Cina).

Bahasa Jepun

Sila lihat: Wikipedia:Manual gaya penulisan (rencana mengenai Jepun).

Rencana baharu bagi individu disarankan mengikut susunan seperti di negara asal, iaitu format "[keluarga] [nama]" (contohnya Abe Shinzo dan Mutaguchi Renya).

Bahasa Korea

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (bahasa Korea).

Bahasa pertuturan dan pengaturcaraan

Kelaziman: Bahasa yang mempunyai nama yang sama dengan benda yang lain harus mempunyai awalan "Bahasa" bagi kes bahasa pertuturan, dan awalan "Bahasa pengaturcaraan" bagi kes bahasa pengaturcaraan. Jika nama bahasa itu adalah unik, awalan tidak diperlukan, umpamanya: Bahasa Melayu, dan Bahasa pengaturcaraan Python, tetapi Esperanto, VBScript.

Keluarga bahasa dan kumpulan bahasa harus menggunakan bentuk jamak, umpamanya: Bahasa-bahasa Niger-Congo, bukannya Bahasa Niger-Congo; Bahasa-bahasa China-Tibet, bukannya Bahasa China-Tibet.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (bahasa).

Buku - karya

Kelaziman: Gunakanlah tajuk karya sebagai tajuk rencana, dan ikuti semua kelaziman am yang berkaitan.

Untuk menyahkaburkan, masukkan jenis karya dalam tanda kurung, umpamanya "(novel)", "(cerpen)", dll. Anda boleh menggunakan "(buku)" untuk menyahkaburkan buku bukan fiksyen. Jika nyahkekaburan yang lebih lanjut diperlu, masukkan nama keluarga pengarang dalam tanda kurung: "(novel Orwell)", "(cerpen Asimov)", dll.

Rasional, selok belok sebenar, dan kekecualian: Sila lihat Wikipedia:Tajuk rencana (buku).

Filem

Kelaziman: Filem-filem sering mempunyai nama yang sama dengan filem, buku atau istilah yang lain. Sewaktu menyahkaburkan sebuah filem, gunakanlah "(filem)" dalam tajuknya hanya jika sebuah filem mempunyai nama itu, dan (filem TAHUN) jika terdapatnya dua atau lebih filem yang mempunyai nama yang sama itu (umpamanya Titanic (filem 1997)).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (filem).

Haiwan, tumbuhan dan organisma lain

Penulisan dengan huruf besar untuk nama am spesies telah diperdebatkan dengan hebat di Wikipedia bahasa Inggeris, tetapi sehingga sekarang, persoalan ini masih belum diselesaikan. Sebagai kedamaian sementara, kedua-dua huruf besar dan huruf kecil (kecuali kata nama khas) boleh diterima, tetapi halaman peralihan harus dicipta untuk bentuk alternatifnya. Nama sains harus ditulis dengan huruf condong, nama pertamanya (genus) dengan huruf besar, dan nama kedua (spesies) dengan huruf kecil. Umpamanya: Homo sapiens, Tyrannosaurus rex, Velociraptor.
Sila lihat: Tajuk rencana dan nama am.
Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (fauna).
Sila lihat: Penulisan dengan huruf besar.

Identiti

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (identiti).

Isotop dan nuklid

Kelaziman: Isotop harus bermula dengan huruf besar untuk nama unsurnya, diikuti oleh tanda sengkang (bukan —) dan kemudian nombor jisimnya. Umpamanya, Helium-10, dan Uranium-235.

Jabatan kerajaan, menteri, dll

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (jabatan kerajaan dan menteri).

Kapal

Kelaziman: Rencana kapal yang mempunyai awalan piawai harus dimasukkan dalam tajuk rencana, umpamanya KRI Badik, USS Enterprise. Sila perhatikan bahawa dalam teks rencana, nama kapal menggunakan huruf condong, tetapi awalannya tidak. Oleh itu, pautan paip harus digunakan. Umpamanya, [[HMS Ark Royal|HMS ''Ark Royal'']], [[USS Enterprise|USS ''Enterprise'']].

Rencana kapal yang tidak mempunyai awalan piawai harus menggunakan tajuk dalam bentuk: (Jenis) (Negara) (Nama); umpamanya, Kapal induk pesawat udara Soviet Kuznetsov ([[Kapal induk pesawat udara Soviet Kuznetsov|Kapal induk pesawat udara Soviet ''Kuznetsov'']].

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (kapal).

Karya

Sila lihat: Buku - karya.

Kategori

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (kategori).

Kimia

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (kimia), serta Isotop dan nuklid (di bawah).

Komik

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (komik).

Manuskrip

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (nama manuskrip).

Masa (tarikh, tempoh, dll)

Sila lihat di atas: Nombor dan tarikh.

Muzik

Album dan pancaragam

Kelaziman: Peraturan piawai dalam bahasa Melayu untuk judul lagu dan album ialah penggunaan huruf besar untuk huruf pertama perkataan tajuk.

Bagi judul-judul lagu dan album-album, peraturan piawai dalam bahasa Melayu adalah untuk menggunakan huruf besar untuk huruf awal bagi perkataan-perkataan yang bukannya dari golongan kata penghubung (dan, tetapi, atau, untuk/bagi) dan kata depan (dalam, kepada, menerusi).

Jangan replikakan tipografi logo dan seni lukis album, walaupun penggunaan peralihan mungkin sesuai (umpamanya, KoЯn dialihkan ke Korn (kugiran)).

Untuk nyahkekaburan, anda harus menggunakan (kugiran), (pancaragam), (kumpulan), (album), atau (lagu) (seperti Anthrax (kugiran) atau Insomniac (album)); gunakanlah nyahkekaburan yang lebih lanjut hanya jika perlu (umpamanya X (kugiran Malaysia), X (kugiran Australia)). Kecuali terdapat beberapa album yang mempunyai nama yang sama (umpamanya Down to Earth), nyahkekaburan yang lebih lanjut tidak diperlukan. Umpamanya, Down to Earth (album Ozzy Osbourne) boleh diterima, tetapi Insomniac (album Green Day) tidak diperlukan. Nyahkaburkan album mengikut artisnya dan bukan tahun kecuali terdapat banyak album dengan nama artis itu. Jika sebuah lagu tidak mempunyai lirik, atau merupakan lagu instrumental yang bukan lagu utama), nyahkekaburan harus dibuat melalui penggunakan gubahan atau alat muzik.

Lagu

Kelaziman: Gunakanlah nama yang paling biasa untuk tajuk rencana, dan jika terdapatnya lebih daripada satu lagu dengan tajuk yang sama, masukkan nama keluarga penggubah dalam tanda kurung selepasnya. Umpamanya, War Requiem, Violin Concerto (Berg), Simfoni No. 6 (Mahler).

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (lagu).

Opera

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (opera).

Nama dan gelaran sejarah

Sila lihat: Orang.

Nombor dan tarikh

Namakan rencana mengenai nombor dan makna berkait dengan N (nombor), umpamanya 142 (nombor), bukan Satu ratus dan empat puluh dua atau Nombor 142. 142 dikhaskan untuk tahun (Masihi).

Kelaziman untuk Tahun: Secara amnya, tajuk rencana nombor tunggal dikhaskan untuk kemasukan diari. Oleh itu, namakanlah rencana sebagai:

Rasional dan selok-belok sebenar: Wikipedia:Tajuk rencana (nombor dan tarikh)

Garis panduan tersebut merangkumi perbincangan untuk:

  • nama halaman untuk rencana tarikh, tempoh, dan nombor;
  • penggunaan angka Arab dan angka Roman dalam nama halaman;
  • nama halaman untuk rencana mengenai pelbagai topik yang mengandungi penunjuk nombor dan/atau masa dalam tajuk.

Orang

Wikipedia:Tajuk rencana (orang) bermula dengan gagasan bahawa format nama <Nama pertama> <Nama akhir> merupakan penyelesaian yang menimbulkan masalah yang paling kurang untuk tajuk halaman orang tunggal.

Garis panduan itu menumpukan kepada kes-kes yang mempunyai format yang tidak ketara, umpamanya bagaimana mengendalikan nama tengah, adat resam penamaan Iberia, nyahkekaburan (sewaktu beberapa orang mempunyai nama yang sama), dan sebagainya.

Orang Rom kuno

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (orang Rom kuno).

Paderi Barat

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (golongan paderi Barat).

Raja dan bangsawan

Untuk kebanyakan raja dan bangsawan Barat, sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (nama dan gelaran).

Parap

Kelaziman untuk mengendalikan parap merupakan sebahagian Wikipedia:Tajuk rencana (orang).

Pertubuhan (umpamanya parti politik)

Kelaziman: Rencana pertubuhan (seperti parti politik) mengikut peraturan yang biasa, iaitu namakan rencana anda dengan terjemahan bahasa Melayu diikuti oleh nama asli dalam ayat pertama dalam rencana, kecuali bentuk nama asli lebih biasa digunakan dalam bahasa Melalyu berbanding bentuk bahasa Melayu.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana(penggunaan bahasa Melayu).

Pesawat

Nama pesawat adalah terlalu berbeza-beza untuk memberikan garis panduan yang lengkap di sini. Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (pesawat).

Pilihan raya

Gunakanlah bentuk ini: kawasan politik, tarikh. Umpamanya, Pilihan raya umum Malaysia, 1999. Untuk pilihan raya masa hadapan yang tidak tentu tarikhnya, anda boleh menggunakan format Pilihan raya umum Malaysia ke-12.

Sekolah

Seringnya, sekolah mempunyai nama yang sama. Sewaktu menyahkaburkan sekolah kerana sebuah rencana dengan nama yang sama sudah wujud, tempat sekolah yang paling am harus dimasukkan dalam tanda kurung untuk kedua-dua rencana itu, dan sebuah halaman nyahkekaburan dicipta.

Untuk cadangan lain dan perbincangan terkini, sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (sekolah).

Senarai

Kelaziman: Tajuk halaman untuk senarai butir-butir X harus merupakan Senarai X, dan bukannya X-x, X yang masyhur, Senarai X yang penting, Senarai untuk semua X, dan sebagainya. Sila lihat Wikipedia:Senarai. Pertimbangkanlah penciptaan kategori berbanding penggunaan senarai: kategori adalah lebih mudah untuk menyelenggarakan, walaupun ia tidak begitu fleksibel.

Senarai panjang

Jika senarai menjadi terlalu panjang sehingga perlu dipecahkan, ikutlah panduan Wikipedia:Kelazimanan penamaan tajuk rencana (senarai panjang) yang mengutamakan gaya Senarai roti: A, dan untuk julat, Senarai roti: W-X-Y-Z

Siaran

Stesen radio dan televisyen bagi negara yang biasa menggunakan huruf pengenalan, seperti di Amerika Utara, harus menggunakan huruf pengenalan rasmi yang diberikan oleh penguasa peraturan negara itu. Untuk negara yang tidak memerlukan huruf pengenalan untuk stesen penyiaran, gunakanlah nama rasmi stesen itu, ataupun nama yang stesen itu biasa menggunakan untuk merujuk kepada diri (umpamanya, Suara Rusia atau Radio Sawa) untuk tajuk rencananya. Banyak negara mempunyai stesen atau rangkaian yang mempunyai nama yang sama, umpamanya "Radio Satu" di sebahagian besar dunia yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Tajuk untuk rencana tersebut harus dipilih supaya mengurangkan kemungkinan kekeliruan dan penduaan dengan sedapat mungkin. Untuk negara yang mempunyai huruf pengenalan dan nama stesen, umpamanya di sebahagian besar Amerika Tengah dan Amerika Selatan, nama stesen biasanya harus digunakan, kecuali sewaktu huruf pengenalannya amat masyhur.

Sila lihat Televisyen (industri dan rancangan) di bawah.

Amerika Utara

Huruf pengenalan rasmi boleh dipastikan dengan rujukan kepada Sistem Pangkalan Data Umum oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (fcc.gov), Spektrum Langsung oleh Jabatan Industri Kanada (sd.ic.gc.ca), atau COFETEL (cofetel.gob.mx). Berhati-hati bahawa:

  • banyak terbitan berkala, termasuk stesen-stesen sendiri, sering tidak menggunakan huruf pengenalan yang betul; dan
  • bukan semua huruf pengenalan mempunyai empat huruf; di Mexico, huruf pengenalan seringnya mempunyai lima atau enam huruf, dan di ketiga-tiga negara yang tersebut, huruf pengenalan boleh mengandungi hanya tiga huruf.

Jika huruf pengenalan rasmi mempunyai akhiran (hanya akhiran -CA, -FM, -LP, dan -TV kini digunakan), sebuah halaman peralihan atau [[[Wikipedia:Nyahkekaburan|nyahkekaburan]] harus dicipta untuk rencana itu tanpa akhirannya. Untuk stesyen yang tidak mempunyai akhiran, jika halaman nyahkekaburan diperlu (kerana huruf pengenalan rasminya bercanggah dengan kod lapangan terbang atau akronim), bubuhkanlah jenis perkhidmatannya dalam tanda kurung; umpamanya, "KSFO (AM)" atau "KDFW (TV)". Nota: Huruf pengenalan untuk semua stesen FM dan TV yang besar di Kanada mempunyai akhiran, sedangkan kebanyakan stesen Amerika Syarikat dan banyak stesen Mexico tidak. Sila lihat Huruf pengenalan Amerika Utara untuk maklumat lanjut mengenai amalan pemberian huruf pengenalan rasmi.

Nama jenama alternatif seperti "Fox 25", "The Edge", "Q107" atau "Jack FM" biasanya tidak unik, tetapi "Jack FM Toronto" atau "Q107 Memphis" adalah tidak sesuai sebagai tajuk rencana. Walau bagaimanapun, nama jenama boleh diciptakan sebagai halaman peralihan atau halaman nyahkekaburan, jika sesuai.

Jika sebuah syarikat penyiaran mengendalikan banyak pemancar siaran dengan huruf pengenalan yang berbeza, ciptalah tajuk rencana dengan huruf pengenalan untuk stesen utamanya, dan ciptakan halaman peralihan untuk huruf pengenalan yang lain. Jika sebuah stesen telah menukarkan huruf pengenalannya, masukkanlah seluruh sejarah stesen itu dalam huruf pengenalannya yang terkini kerana huruf pengenalan lamanya mungkin telah diberikan kepada stesen baru.

Syarikat

Kelaziman: Status undang-undang syarikat (Bhd, Sdn. Bhd., Corp., plc, LLC) biasanya tidak dimasukkan, umpamanya Microsoft atau Wal-Mart. Jika nyahkekaburan diperlukan, status undang-undang, bidang perniagaan utamanya, atau "(syarikat)" boleh digunakan untuk menyahkaburkan, umpamanya Dell, Inc., Halifax (bank) atau Converse (syarikat). Jika status undang-undang digunakan, nama status itu disingkatkan dalam tajuk rencana, dan ayat tajuk dalam rencana itu harus mengandungi nama status undang-undang singkatnya. Contoh: Permodalan Nasional Bhd. ialah salah satu daripada perbadanan yang terbesar di Malaysia.

Sila perhatikan bahawa "syarikat", "antarabangsa", "kumpulan, "industri", dan awalan atau akhiran yang serupa bukannya status undang-undang dan harus dimasukkan seperti yang ditentukan oleh syarikatnya sendiri, umpamanya JPMorgan Chase & Rakan-rakan (JPMorgan Chase & Co.), Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company).

Status undang-undang boleh juga dimasukkan dalam akronim untuk syarikat yang biasanya menggunakan akronim, seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (syarikat).

Televisyen (industri dan rancangan)

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (televisyen) serta Siaran di atas.

Tempat

Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (tempat).

Bandar

Kelaziman: Secara amnya, tajuk rencana bandar tidak mempunyai kelaziman yang khas, kecuali terdapat nama bandar yang sama.

Perbincangan, rasional, dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (nama bandar).

Negara

Untuk kelaziman penamaan tempat di negara lain, sila lihat:

Topik negara tertentu

Kelaziman: Secara amnya, nama rencana negara mengenai topik dan kategori yang tertentu harus menggunakan bentuk "(perkara) (negara)", umpamanya Ekonomi Malaysia. Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (topik negara yang khusus).

Templat stub dan kategori

Untuk perincian, sila lihat Wikipedia:Pengisihan stub WikiProjek Stub/Garis panduan penamaan.

Secara amnya, templat stub menggunakan huruf kecil untuk kata nama, kecuali kata nama khas terlibat. Penyingkatan dibenarkan hanya jika ia langsung tidak kabur, atau penyingkatan itu merupakan penyingkatan yang biasa, seperti geo, bio, dan sej untuk geografi, biografi, dan sejarah. Umpamanya, {{stub-bio-Perancis}} untuk orang Perancis, dan {{stub-geo-PolinesiaPerancis}} untuk geografi Polinesia Perancis.

Undang-undang

Akta-akta harus menggunakan tajuk dalam bentuk ringkas diikuti oleh tahunnya tanpa koma antaranya, umpamanya [[Akta Roti Canai 1234]]). Masukkan halaman peralihan, [[Akta Roti Canai]], jika Akta itu mempunyai nama yang unik.

Jika beberapa Akta mempunyai nama ringkas [[Akta Roti Canai]] yang sama, halaman [[Akta Roti Canai]] harus:

  • merujuk kepada Akta yang lebih terkenal dalam siri itu; atau
  • dijadikan halaman nyahkekaburan; ataupun
  • dijadikan halaman utama yang bertindak sebagai rencana mengenai siri Akta itu.

Jika dua Akta diluluskan oleh dua buah parlimen dengan nama dan tahun yang sama sebagai dua enakmen yang berbeza untuk undang-undang yang sama, ciptalah hanya sebuah rencana (umpamanya, Akta Kesatuan 1707); jika kedua-dua Akta itu merupakan undang-undang yang tidak sama, gunakanlah nyahkekaburan dengan tanda kurung berdasarkan kawasan kuasa atau entiti (umpamanya, Akta Komuniti Eropah 1972 di UK dan Republik Ireland akan menjadi [[Akta Komuniti Eropah 1972 (UK)]] dan [[Akta Komuniti Eropah 1972 (Ireland)]]).